Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Coretan: Resensi Buku

Resensi Buku: "Green Deen: What Islam Teaches about Protecting the Planet"

Tajuk Buku: " Green Deen: What Islam Teaches about Protecting the Planet" Penulis Buku:   Ibrahim Abdul-Matin Tahun Penerbitan: 2010 Ibrahim Abdul Matin ialah seorang aktivis alam sekitar berketurunan African American yang merupakan anak kepada seorang muallaf yang memeluk agama Islam. Dilahirkan di Brooklyn, New York, Ibrahim Abdul Matin sejak kecil telah diasuh oleh bapanya mengenai kesucian bumi dan penjagaan alam sekitar. Ibrahim Abdul Matin mempunyai pengalaman luas dan rangkaian kerjasama yang aktif dengan pelbagai badan² alam sekitar di Amerika Syarikat. Beliau memperoleh ijazah sarjana (master) dalam bidang Pentadbiran Awam ( Public Administration ) daripada Baruch College dengan fokus ke atas polisi persekitaran bandar ( urban enviromental policy ). Berbekalkan ilham daripada nasihat² ayahnya semasa kecil, penulis menggabungkan kaca mata seorang Islam dan pengalaman aktivisme alam sekitar untuk menghasilkan buku ini dengan tajuk "Green Deen". B...

Resensi Buku: "Di Bawah Lindungan Ka'bah"

Tajuk Buku: "Di Bawah Lindungan Ka'bah" Penulis Buku: Hamka Tahun Penerbitan: 1938 Hamka ialah seorang tokoh agama Nusantara yang tidak perlu kepada pengenalan. Ramai orang mengenali Hamka melalui kitab tafsir Al Qurannya yang terkenal iaitu "Tafsir Azhar". Namun sebenarnya, Hamka juga ialah seorang sasterawan dengan bahasa yang penuh halus lagi berseni. Ada beberapa novel yang telah dikarang Hamka, dan bersempena dengan kedatangan bulan Zulhijjah, iaitu musim-musim orang menunaikan haji ini, terasa ingin membincangkan novelnya yang berjudul "Di Bawah Lindungan Kaabah". Karya "Di Bawah Lindungan Kaabah" ialah sebuah novel tulisan Hamka yang diterbitkan pada tahun 1938 oleh penerbit Indonesia iaitu Balai Pustaka, sebuah badan penerbitan yang beroperasi ketika zaman kolonial Belanda. Kini novel ini diterbitkan semula di Malaysia oleh syarikat penerbitan PTS (cetakan pertama PTS adalah pada tahun 2015). Novel ini mengisahkan tentang seor...

Resensi Buku: "Margaretta Gauthier" (Terjemahan Hamka)

Tajuk Buku: " Margaretta Gauthier"  Penterjemah Buku: Hamka Penulis Asal: Alexandre Dumas Fils Bahasa Terjemahan: Bahasa Melayu Indonesia Bahasa Asal: Perancis Satu masa lalu, aku pernah melafazkan ikrar, bahawa aku tidak akan membaca karya terjemahan dan akan kekal membaca hanya karya asal dalam bahasa asalnya. Namun ulasan aku terhadap buku ini bakal menjadi sebuah simbol kepada pengkhianatan aku terhadap janji diri sendiri. Sebagai peminat tulisan-tulisan Hamka, aku tidak dapat menahan diri daripada tidak membaca karya Hamka termasuk la karya terjemahan ini. Berbekalkan alasan bahawa aku akan memberikan buku ini sebagai hadiah kepada seorang rakan, aku mengambil kesempatan seluas luasnya untuk membaca dan menikmati buku ini, bukan sebagai buku terjemahan tetapi sebagai buah tangan Hamka yang sekalipun bukan tulisan asalnya, tetapi di dalamnya terdapat khazanah-khazanah kesusasteraan dan langgam bahasa yang sinonim dengan corak kepengarangan Hamka. Latarbelakang Buk...

Resensi Buku: "The Woman in The Window"

Tajuk Buku: "The Woman in The Window" Penulis Buku: A.J. Finn Tahun Penerbitan: 2018 Baru-baru ini Netflix telah menayangkan sebuah filem bertajuk "The Woman in The Window" yang merupakan sebuah adaptasi kepada novel dengan tajuk sama yang diterbitkan pada tahun 2018 oleh sebuah syarikat penerbitan di bawah HarperCollins. Buku ini bergenre thriller dan merupakan novel pertama tulisan Daniel Mallory yang menggunakan nama pena "A.J Finn". Novel ini mengisahkan seorang wanita bernama "Anna Fox", seorang ahli psikologi kanak-kanak yang pada masa yang sama merupakan seorang penghidap "Agoraphobia", sejenis kecelaruan keresahan (anxiety disorder) yang menyebabkan penghidapnya berasa gelisah secara melampau untuk meninggalkan rumahnya dan akan menjadi cemas secara keterlaluan sekiranya berada di tempat terbuka, di dalam kenderaan atau di dalam mana-mana premis tertutup selain rumahnya sendiri. Lantaran penyakitnya itu, Anna tidak pernah ke...