Tajuk Cerpen: "Three Questions" Antologi Cerpen: Чем люди живы (English: What Men Live By) Penterjemah Buku: Aylmer & Louise Maude Penulis Asal: Leo Tolstoy Bahasa Terjemahan: Bahasa Inggeris Bahasa Asal: Russia "Three Questions" ialah sebuah cerpen pendek yang ditulis oleh Count Lev Nikolayevich Tolstoy atau juga dikenali sebagai Leo Tolstoy, seorang sasterawan Russia. Cerpen "Three Questions" ini diterbitkan bersama beberapa cerpen lain yang ditulis beliau dalam antologi "What Men Live By" (diterjemah daripada judul asal: Чем люди живы atau Chem lyudi zhivy). Antologi cerpen ini diterbitkan sekitar tahun 1880-an. Cerpen ini mengisahkan tentang seorang raja yang tertanya-tanya mengenai tiga soalan. Ketiga tiga soalan itu bagi baginda amat penting untuk dijawab agar segala keputusan dan rancangan yang dirangka bakal menemui hasil yang terbaik. Tiga soalan itu ialah: 1. Apakah waktu yang paling baik untuk memulakan sesuatu?...
Jagat raya ini ganjil dan misteri, dihuni oleh berbillion-billion galaksi, semuanya dengan cerita aneh yang tersendiri. Tersorok di sebalik satu bucu terpencil alam ini ialah sebuah planet kecil yang dihuni oleh makhluk yang lebih aneh lagi. Kehidupan ialah kembara untuk bergelut dengan pertanyaan dan laman ini ialah ruang untuk pengembara ini menuliskan renungan seputar persoalan, idea-idea dan buah fikiran yang dibaca, didengar, ditonton dan diperhatikannya daripada medium yang pelbagai.