Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Penulis: Alexandre Dumas Fils

Resensi Buku: "Margaretta Gauthier" (Terjemahan Hamka)

Tajuk Buku: " Margaretta Gauthier"  Penterjemah Buku: Hamka Penulis Asal: Alexandre Dumas Fils Bahasa Terjemahan: Bahasa Melayu Indonesia Bahasa Asal: Perancis Satu masa lalu, aku pernah melafazkan ikrar, bahawa aku tidak akan membaca karya terjemahan dan akan kekal membaca hanya karya asal dalam bahasa asalnya. Namun ulasan aku terhadap buku ini bakal menjadi sebuah simbol kepada pengkhianatan aku terhadap janji diri sendiri. Sebagai peminat tulisan-tulisan Hamka, aku tidak dapat menahan diri daripada tidak membaca karya Hamka termasuk la karya terjemahan ini. Berbekalkan alasan bahawa aku akan memberikan buku ini sebagai hadiah kepada seorang rakan, aku mengambil kesempatan seluas luasnya untuk membaca dan menikmati buku ini, bukan sebagai buku terjemahan tetapi sebagai buah tangan Hamka yang sekalipun bukan tulisan asalnya, tetapi di dalamnya terdapat khazanah-khazanah kesusasteraan dan langgam bahasa yang sinonim dengan corak kepengarangan Hamka. Latarbelakang Buk...