Tajuk Buku: " Green Deen: What Islam Teaches about Protecting the Planet" Penulis Buku: Ibrahim Abdul-Matin Tahun Penerbitan: 2010 Ibrahim Abdul Matin ialah seorang aktivis alam sekitar berketurunan African American yang merupakan anak kepada seorang muallaf yang memeluk agama Islam. Dilahirkan di Brooklyn, New York, Ibrahim Abdul Matin sejak kecil telah diasuh oleh bapanya mengenai kesucian bumi dan penjagaan alam sekitar. Ibrahim Abdul Matin mempunyai pengalaman luas dan rangkaian kerjasama yang aktif dengan pelbagai badan² alam sekitar di Amerika Syarikat. Beliau memperoleh ijazah sarjana (master) dalam bidang Pentadbiran Awam ( Public Administration ) daripada Baruch College dengan fokus ke atas polisi persekitaran bandar ( urban enviromental policy ). Berbekalkan ilham daripada nasihat² ayahnya semasa kecil, penulis menggabungkan kaca mata seorang Islam dan pengalaman aktivisme alam sekitar untuk menghasilkan buku ini dengan tajuk "Green Deen". B...
Jagat raya ini ganjil dan misteri, dihuni oleh berbillion-billion galaksi, semuanya dengan cerita aneh yang tersendiri. Tersorok di sebalik satu bucu terpencil alam ini ialah sebuah planet kecil yang dihuni oleh makhluk yang lebih aneh lagi. Kehidupan ialah kembara untuk bergelut dengan pertanyaan dan laman ini ialah ruang untuk pengembara ini menuliskan renungan seputar persoalan, idea-idea dan buah fikiran yang dibaca, didengar, ditonton dan diperhatikannya daripada medium yang pelbagai.