Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Bahan: Terjemahan

Resensi Cerpen: "Three Questions" (Terjemahan Aylmer & Louise Maude)

Tajuk Cerpen: "Three Questions" Antologi Cerpen:  Чем люди живы (English:  What Men Live By) Penterjemah Buku:  Aylmer &  Louise  Maude Penulis Asal: Leo Tolstoy Bahasa Terjemahan: Bahasa Inggeris Bahasa Asal: Russia "Three Questions" ialah sebuah cerpen pendek yang ditulis oleh Count Lev Nikolayevich Tolstoy atau juga dikenali sebagai Leo Tolstoy, seorang sasterawan Russia. Cerpen "Three Questions" ini diterbitkan bersama beberapa cerpen lain yang ditulis beliau dalam antologi "What Men Live By" (diterjemah daripada judul asal: Чем люди живы atau Chem lyudi zhivy). Antologi cerpen ini diterbitkan sekitar tahun 1880-an.  Cerpen ini mengisahkan tentang seorang raja yang tertanya-tanya mengenai tiga soalan. Ketiga tiga soalan itu bagi baginda amat penting untuk dijawab agar segala keputusan dan rancangan yang dirangka bakal menemui hasil yang terbaik.  Tiga soalan itu ialah: 1. Apakah waktu yang paling baik untuk memulakan sesuatu?...

Resensi Buku: "Margaretta Gauthier" (Terjemahan Hamka)

Tajuk Buku: " Margaretta Gauthier"  Penterjemah Buku: Hamka Penulis Asal: Alexandre Dumas Fils Bahasa Terjemahan: Bahasa Melayu Indonesia Bahasa Asal: Perancis Satu masa lalu, aku pernah melafazkan ikrar, bahawa aku tidak akan membaca karya terjemahan dan akan kekal membaca hanya karya asal dalam bahasa asalnya. Namun ulasan aku terhadap buku ini bakal menjadi sebuah simbol kepada pengkhianatan aku terhadap janji diri sendiri. Sebagai peminat tulisan-tulisan Hamka, aku tidak dapat menahan diri daripada tidak membaca karya Hamka termasuk la karya terjemahan ini. Berbekalkan alasan bahawa aku akan memberikan buku ini sebagai hadiah kepada seorang rakan, aku mengambil kesempatan seluas luasnya untuk membaca dan menikmati buku ini, bukan sebagai buku terjemahan tetapi sebagai buah tangan Hamka yang sekalipun bukan tulisan asalnya, tetapi di dalamnya terdapat khazanah-khazanah kesusasteraan dan langgam bahasa yang sinonim dengan corak kepengarangan Hamka. Latarbelakang Buk...