Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Genre: Fantasy

Resensi Filem: "Onward"

Tajuk Filem: "Onward" Tahun Keluaran: 2020 Negara: US Filem animasi Disney ini mengisahkan tentang Ian Lightfoot yang baru sahaja mencapai umur 16 tahun. Dia tinggal bersama abangnya, Barley Lightfoot dan ibunya tanpa bapa kerana bapanya telah meninggal dunia sebelum Ian dilahirkan. Ian tidak berpeluang mengenali bapanya dan sering tertanya-tanya mengenai bapanya ketika dia masih hidup. Ian membesar bersama abangnya Barley tetapi Ian dan Barley merupakan dua watak dengan personaliti yang bertentangan. Ian seorang yang penakut dan tidak berkeyakinan manakala Barley pula sebaliknya, sangat suka berfantasi, berani dan "reckless" merempuh sahaja kehidupan tanpa keraguan. Mereka tinggal di sebuah dunia yang dipenuhi makhluk-makhluk magis seperti manticore, elf, centaur, unicorn, naga dan lain-lain tetapi berlatarkan ranah-ranah realiti dunia moden kita hari ini. Makhluk-makhluk mitos ini menjadi polis, pemilik kedai dan memainkan semua peranan manusia biasa d...