Tajuk Dokumentari: "Prehistoric Astronomers" Tahun Keluaran: 2007 Negara: US Siapakah ahli astronomy pertama atas muka bumi ini? Astronomy ialah kajian mengenai posisi bintang, dan juga kedudukan serta pergerakan bulan, matahari, planet (termasuk bumi) dan objek-objek angkasa yang lain. Astronomy atau mana-mana bidang lain yang berkait seperti astrofizik merupakan bidang ilmu yang sentiasa dilihat dengan penuh kekaguman. Contoh mudah pada zaman sekarang, institusi-institusi penyelidikan angkasa akan dilihat sebagai simbol kepada kuasa dan keagungan sebuah negara. NASA menjadi simbol kepada prestij US sebagai adikuasa global dan negara-negara yang mampu untuk membangunkan penyelidikan angkasa dengan kapasiti yang sama akan dilihat sebagai "rival" yang berpotensi untuk mencabar kuasa US seperti Russia dan China. Prestij dan imej bidang astronomy tidak terhad kepada zaman ini sahaja. Sejak dahulu lagi, masyarakat yang mampu mencerap langit dan mengkaji ang...
Jagat raya ini ganjil dan misteri, dihuni oleh berbillion-billion galaksi, semuanya dengan cerita aneh yang tersendiri. Tersorok di sebalik satu bucu terpencil alam ini ialah sebuah planet kecil yang dihuni oleh makhluk yang lebih aneh lagi. Kehidupan ialah kembara untuk bergelut dengan pertanyaan dan laman ini ialah ruang untuk pengembara ini menuliskan renungan seputar persoalan, idea-idea dan buah fikiran yang dibaca, didengar, ditonton dan diperhatikannya daripada medium yang pelbagai.