Skip to main content

Posts

Showing posts with the label State: Indonesia

Resensi Buku: "Di Bawah Lindungan Ka'bah"

Tajuk Buku: "Di Bawah Lindungan Ka'bah" Penulis Buku: Hamka Tahun Penerbitan: 1938 Hamka ialah seorang tokoh agama Nusantara yang tidak perlu kepada pengenalan. Ramai orang mengenali Hamka melalui kitab tafsir Al Qurannya yang terkenal iaitu "Tafsir Azhar". Namun sebenarnya, Hamka juga ialah seorang sasterawan dengan bahasa yang penuh halus lagi berseni. Ada beberapa novel yang telah dikarang Hamka, dan bersempena dengan kedatangan bulan Zulhijjah, iaitu musim-musim orang menunaikan haji ini, terasa ingin membincangkan novelnya yang berjudul "Di Bawah Lindungan Kaabah". Karya "Di Bawah Lindungan Kaabah" ialah sebuah novel tulisan Hamka yang diterbitkan pada tahun 1938 oleh penerbit Indonesia iaitu Balai Pustaka, sebuah badan penerbitan yang beroperasi ketika zaman kolonial Belanda. Kini novel ini diterbitkan semula di Malaysia oleh syarikat penerbitan PTS (cetakan pertama PTS adalah pada tahun 2015). Novel ini mengisahkan tentang seor...