Skip to main content

Resensi Cerpen: "Three Questions" (Terjemahan Aylmer & Louise Maude)

Tajuk Cerpen: "Three Questions"
Antologi Cerpen: 
Чем люди живы (English: What Men Live By)
Penterjemah Buku: Aylmer & Louise Maude
Penulis Asal: Leo Tolstoy
Bahasa Terjemahan: Bahasa Inggeris
Bahasa Asal: Russia

"Three Questions" ialah sebuah cerpen pendek yang ditulis oleh Count Lev Nikolayevich Tolstoy atau juga dikenali sebagai Leo Tolstoy, seorang sasterawan Russia. Cerpen "Three Questions" ini diterbitkan bersama beberapa cerpen lain yang ditulis beliau dalam antologi "What Men Live By" (diterjemah daripada judul asal: Чем люди живы atau Chem lyudi zhivy). Antologi cerpen ini diterbitkan sekitar tahun 1880-an. 

Cerpen ini mengisahkan tentang seorang raja yang tertanya-tanya mengenai tiga soalan. Ketiga tiga soalan itu bagi baginda amat penting untuk dijawab agar segala keputusan dan rancangan yang dirangka bakal menemui hasil yang terbaik. 

Tiga soalan itu ialah:
1. Apakah waktu yang paling baik untuk memulakan sesuatu? 
2. Siapakah orang yang paling penting untuk didengari dan diberi perhatian? 
3. Apakah pekerjaan yang paling penting untuk dilakukan? 

Raja itu telah menyebarkan soalan tersebut ke seluruh pelusuk negara dan menjanjikan ganjaran yang lumayan bagi sesiapa yang berupaya memberi jawapan paling bernas. 

Ahli² hikmah yang berada di negara itu telah datang menemui sang raja dan setiap mereka memberi jawapan yang berbeza-beza untuk ketiga-tiga soalan tersebut. Namun raja itu tidak berpuas hati dengan jawapan mereka, maka tiada seorang pun antara mereka yang diberikan ganjaran.

Pada satu hari, raja itu terdengar kisah seorang lelaki yang terkenal akan kebijaksanannya tetapi suka menyendiri. Raja itu pun berhasrat untuk menemui lelaki itu dan bertanya soalan tersebut. Namun, lelaki itu hanya suka bertemu orang biasa sahaja berlatarkan suasana yang sederhana. Jadi raja tersebut terpaksa berpakaian seperti orang biasa, berjalan dengan dua kaki sendiri dan meninggalkan pengawal peribadi baginda untuk bertemu lelaki itu. 

Kisah ini memiliki begitu banyak pengajaran yang boleh dikutip untuk menghadapi kehidupan dan membentuk budi pekerti. 

1. Kita tiada kawalan ke atas apa yang sudah berlaku dan kita tidak pernah tahu apa akan berlaku pada masa hadapan. Namun kita berupaya melabur untuk masa depan yang lebih baik dengan masa yang kita miliki sekarang. Hanya masa sekarang yang boleh dipegang dalam tangan. 

2. Kita cenderung untuk memberi keutamaan dan kemuliaan kepada raja, menteri, CEO, dan orang yang berjawatan tinggi. Namun, kita dituntut untuk memberi perhatian penuh kepada mana-mana manusia yang sedang berada bersama kita atau sedang berinteraksi dengan kita tanpa mengira darjat, pangkat dan kekayaan. Tatasusila dan adab perlu dijaga ketika berinteraksi dengan sesiapa sahaja, bukan hanya dipraktikkan ketika berhadapan orang tertentu sahaja. Tidak sepatutnya wujud adab berbeza terhadap orang berbeza mengikut darjat mereka. Adab yang baik ialah tatacara komunikasi dan interaksi dengan semua orang.

3. Buatlah yang terbaik kepada mana-mana manusia yang berada bersama kita pada mana-mana waktu. Budi yang paling baik dicurahkan seikhlas hati kepada mereka. Perbuatan kita terhadap mereka seharusnya perbuatan yang didasari kejernihan budi dan niat berbakti.

4. Setinggi-tinggi mana kita terbang, sentiasalah bermurah hati dengan manusia. Tidak perlu untuk terlampau berkira sebelum membuat sesuatu hanya kerana kita memiliki pangkat ketinggian yang tertentu. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

5. Kita sebagai manusia pasti satu masa dahulu atau pada masa hadapan pernah dan akan menyakiti seseorang, sama ada secara sedar ataupun tidak. Dendam dan kesakitan yang dipendam boleh mendidihkan amarah, membawa kepada kemusnahan yang terus memutar dan memutar kitaran dendam dan amarah itu. Kemaafan dan keterbukaan hati untuk menerima usaha lawan kita yang mahu bersungguh sungguh menebus dirinya ialah sebahagian daripada jalan ke arah menamatkan kitaran dendam itu.

Nilai daripada buku ini sangat menggambarkan keperibadian Leo Tolstoy sendiri yang tidak suka hidup meninggi diri walaupun dia dilahirkan dalam keluarga bangsawan dan hartawan di Russia. Tolstoy berusaha menjalani hidup dengan penuh kezuhudan dan meninggalkan segala kemewahan. Nilai-nilai yang dipraktikannya kemudian menjadi topik dan tema penulisan esei dan karya-karyanya seperti cerpen "The Three Questions" ini.

Set nilai asas yang disisipkan dalam buku ini memberi panduan ke arah perjalanan kehidupan yang lebih bermakna untuk diri dan masyarakat jika kita praktikkannya dengan baik. Nilai-nilai ini sangat mudah, tetapi semakin lama semakin terhakis dalam masyarakat yang suka menyembah dan memberhalakan golongan atasan, sehingga mereka lupa bagaimana hendak melayan seorang manusia biasa di sekeliling mereka. Cerpen Leo Tolstoy ini hadir sebagai satu bentuk nasihat untuk mengingatkan kita semula mengenai nilai-nilai ini.

Comments

Popular posts from this blog

Resensi Dokumentari: "Prehistoric Astronomers"

Tajuk Dokumentari: "Prehistoric Astronomers" Tahun Keluaran: 2007 Negara: US Siapakah ahli astronomy pertama atas muka bumi ini? Astronomy ialah kajian mengenai posisi bintang, dan juga kedudukan serta pergerakan bulan, matahari, planet (termasuk bumi) dan objek-objek angkasa yang lain. Astronomy atau mana-mana bidang lain yang berkait seperti astrofizik merupakan bidang ilmu yang sentiasa dilihat dengan penuh kekaguman. Contoh mudah pada zaman sekarang, institusi-institusi penyelidikan angkasa akan dilihat sebagai simbol kepada kuasa dan keagungan sebuah negara. NASA menjadi simbol kepada prestij US sebagai adikuasa global dan negara-negara yang mampu untuk membangunkan penyelidikan angkasa dengan kapasiti yang sama akan dilihat sebagai "rival" yang berpotensi untuk mencabar kuasa US seperti Russia dan China.  Prestij dan imej bidang astronomy tidak terhad kepada zaman ini sahaja. Sejak dahulu lagi, masyarakat yang mampu mencerap langit dan mengkaji ang...

Resensi Buku: "The Woman in The Window"

Tajuk Buku: "The Woman in The Window" Penulis Buku: A.J. Finn Tahun Penerbitan: 2018 Baru-baru ini Netflix telah menayangkan sebuah filem bertajuk "The Woman in The Window" yang merupakan sebuah adaptasi kepada novel dengan tajuk sama yang diterbitkan pada tahun 2018 oleh sebuah syarikat penerbitan di bawah HarperCollins. Buku ini bergenre thriller dan merupakan novel pertama tulisan Daniel Mallory yang menggunakan nama pena "A.J Finn". Novel ini mengisahkan seorang wanita bernama "Anna Fox", seorang ahli psikologi kanak-kanak yang pada masa yang sama merupakan seorang penghidap "Agoraphobia", sejenis kecelaruan keresahan (anxiety disorder) yang menyebabkan penghidapnya berasa gelisah secara melampau untuk meninggalkan rumahnya dan akan menjadi cemas secara keterlaluan sekiranya berada di tempat terbuka, di dalam kenderaan atau di dalam mana-mana premis tertutup selain rumahnya sendiri. Lantaran penyakitnya itu, Anna tidak pernah ke...

Resensi Buku: "Green Deen: What Islam Teaches about Protecting the Planet"

Tajuk Buku: " Green Deen: What Islam Teaches about Protecting the Planet" Penulis Buku:   Ibrahim Abdul-Matin Tahun Penerbitan: 2010 Ibrahim Abdul Matin ialah seorang aktivis alam sekitar berketurunan African American yang merupakan anak kepada seorang muallaf yang memeluk agama Islam. Dilahirkan di Brooklyn, New York, Ibrahim Abdul Matin sejak kecil telah diasuh oleh bapanya mengenai kesucian bumi dan penjagaan alam sekitar. Ibrahim Abdul Matin mempunyai pengalaman luas dan rangkaian kerjasama yang aktif dengan pelbagai badan² alam sekitar di Amerika Syarikat. Beliau memperoleh ijazah sarjana (master) dalam bidang Pentadbiran Awam ( Public Administration ) daripada Baruch College dengan fokus ke atas polisi persekitaran bandar ( urban enviromental policy ). Berbekalkan ilham daripada nasihat² ayahnya semasa kecil, penulis menggabungkan kaca mata seorang Islam dan pengalaman aktivisme alam sekitar untuk menghasilkan buku ini dengan tajuk "Green Deen". B...