Skip to main content

Resensi Dokumentari: "Prehistoric Astronomers"

Tajuk Dokumentari: "Prehistoric Astronomers"
Tahun Keluaran: 2007
Negara: US

Siapakah ahli astronomy pertama atas muka bumi ini?

Astronomy ialah kajian mengenai posisi bintang, dan juga kedudukan serta pergerakan bulan, matahari, planet (termasuk bumi) dan objek-objek angkasa yang lain.

Astronomy atau mana-mana bidang lain yang berkait seperti astrofizik merupakan bidang ilmu yang sentiasa dilihat dengan penuh kekaguman. Contoh mudah pada zaman sekarang, institusi-institusi penyelidikan angkasa akan dilihat sebagai simbol kepada kuasa dan keagungan sebuah negara. NASA menjadi simbol kepada prestij US sebagai adikuasa global dan negara-negara yang mampu untuk membangunkan penyelidikan angkasa dengan kapasiti yang sama akan dilihat sebagai "rival" yang berpotensi untuk mencabar kuasa US seperti Russia dan China. 

Prestij dan imej bidang astronomy tidak terhad kepada zaman ini sahaja. Sejak dahulu lagi, masyarakat yang mampu mencerap langit dan mengkaji angkasa akan dianggap memiliki keupayaan intelek yang tinggi dan telah mencapai potensi ketamadunan yang paling agung. Sebutkan saja, kerajaan Mesopotamia, Hindu purba, Greek, Maya, Mesir, atau Cina, kesemua mereka dianggap tamadun paling hebat yang pernah wujud dan ianya bukan satu kebetulan bahawa mereka berkongsi satu persamaan iaitu memiliki pengetahuan yang kompleks mengenai ilmu mencerap langit.

Tetapi adakah keupayaan astronomy yang hebat ini hanya terhad kepada tamadun-tamadun besar sekitar zaman selepas manusia membangunkan pertanian dan penempatan tetap sahaja? Adakah masyarakat yang hidup menetap sekitar 4000 BC dan ke atas sahaja mengetahui hal ehwal matahari, bulan, gugusan buruj dan ekuinoks? Bagaimanakah pula dengan manusia prasejarah, manusia zaman Batu yang belum lagi menemui besi, bertani atau membangunkan bandar-bandar untuk penempatan tetap? Adakah mereka manusia bodoh yang tidak tahu apa-apa, apatah lagi ilmu yang berkait dengan objek-objek langit dan fenomena semulajadi yang terhasil daripada pergerakan objek-objek langit itu? Dokumentari "Prehistoric Astronomers" ini cuba untuk mengusulkan satu jawapan.

Sepanjang tempoh 1 jam dokumentari ini membawa kita kepada sebuah gua di Perancis yang dikenali sebagai Lascaux. Lascaux, dan juga wilayah lembah Vezere di mana ia terletak telah diberi status pengiktirafan UNESCO kerana mengandungi khazanah purba warisan manusia prasejarah yang telah berusia sekitar 10 000 ke 30 000 tahun. Antara yang menjadi perhatian ialah lukisan-lukisan haiwan seperti bison, rusa dan kuda pada dinding gua yang terletak di Lascaux sendiri yang dianggarkan berusia sekitar 15 000 - 20 000 tahun dan juga lukisan ikan salmon pada dinding gua Abre du Poisson yang dianggarkan berusia 23 000 tahun.


Apakah makna di sebalik lukisan rusa, bison, kuda dan ikan salmon ini? Pelbagai teori telah dibangunkan, dan antaranya ialah lukisan-lukisan itu merupakan gambaran kepada cerapan terhadap pergerakan matahari mengikut 4 musim dan juga merupakan peta astronomy yang menggambarkan buruj² bintang. 

Ahli paleoastronomy dalam dokumentari ini, Dr Chantal Jegues-Wolkiewiez membawa paduan antara dua disiplin iaitu astronomy dan archeology untuk menyelidik dan membentangkan pelbagai hujah sokongan bagi menegakkan pendapat yang mengaitkan lukisan-lukisan purba sekitar 15 000 - 23 000 tahun itu dengan ilmu astronomy yang dikatakan sudah sangat kompleks. 

Zaman yang menjadi objek kajian itu merupakan zaman Palaeolithic, atau jika berfokus di Eropah digelar era "Cro Magnon". Zaman ini disinonimkan dengan keupayaan intelek manusia yang rendah namun bagi Dr Chantal, kita terlalu memandang ringan potensi kebijaksanaan manusia pada zaman itu terutamanya kemampuan untuk memahami hal ehwal astronomy yang kompleks, daripada pergerakan matahari dan bulan sepanjang tahun kepada corak-corak buruj langit yang dijadikan peta panduan mencari arah.

Dr Chantal telah meneroka gua demi gua dan menunjukkan bagaimana arah cahaya dan kedudukan matahari pada musim berbeza akan dapat dikenalpasti berdasarkan kedudukan tempat gua yang mengandungi lukisan-lukisan itu. Bagi Dr Chantal lukisan-lukisan itu dipahat dengan sudut dan darjahnya merujuk kepada cerapan terhadap pergerakan matahari bagi membantu mereka mengenalpasti musim-musim berbeza. Malah lukisan haiwan-haiwan yang digambarkan sedang berkelakuan dengan tabiat rutin mengikut musim-musim berbeza menguatkan lagi pandangan Dr Chantal mengenai kaitan antara lukisan-lukisan itu dengan pergerakan matahari dan perubahan musim.
 
Selain itu Dr Chantal turut berhujah bahawa lukisan-lukisan haiwan itu merupakan simbol kepada gugusan buruj di langit. Dr Jean Clottes, ahli prasejarah Perancis menyokong hujah ini dengan menyebut bahawa masyarakat pada zaman dahulu sangat sensitif dengan kedudukan bintang-bintang di langit, tidak seperti masyarakat industri seperti manusia pada zaman kita.

Pelbagai cabaran dihadapi oleh Dr Chantal. Beliau merupakan penyelidik mandiri yang tidak mendapat dana atau sokongan daripada mana-mana pihak, dan perlu banyak berusaha keras dengan mengambil inisiatif sendiri untuk menyelidik dan membuktikan pendapatnya. Teori yang dibawa Dr Chantal tidak terlepas daripada kritika para sarjana bidang pra sejarah namun sekali lagi, usaha Dr Chantal untuk menyelidik lebih banyak bukti terbantut lagi apabila gua Lascaux terpaksa ditutup untuk urusan pemeliharaan, menyebabkan kajian-kajian lanjut tidak dapat dijalankan. Namun, hasil kajian Dr Chantal ini berbaloi untuk difikirkan. Apakah tahap keupayaan astronomy yang dimiliki oleh masyarakat manusia prasejarah? Adakah ia serendah apa yang kita sangka atau ia lebih hebat lagi daripada apa yang kita fikirkan?

Astronomy sentiasa menjadi subjek yang penuh dengan inspirasi. Tidak pelik juga teks-teks mengenai kejadian alam dalam Al Quran banyak menyentuh mengenai pemerhatian terhadap matahari, bulan dan bintang-bintang. 

Lihat lah bagaimana khazanah-khazanah sejarah dan prasejarah di Perancis dikaji sehingga sebegini rupa. Kadang kala beberapa titis air mata tumpah mengenangkan nasib tapak-tapak bersejarah di Malaysia, seperti Sungai Batu di Kedah. Moga tahun-tahun akan datang bakal menyaksikan perubahan yang lebih positif namun buat masa sekarang, kita boleh mencari inspirasi dengan mempelajari bagaimana negara luar menjaga dan menghargai nilai warisan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Resensi Cerpen: "Three Questions" (Terjemahan Aylmer & Louise Maude)

Tajuk Cerpen: "Three Questions" Antologi Cerpen:  Чем люди живы (English:  What Men Live By) Penterjemah Buku:  Aylmer &  Louise  Maude Penulis Asal: Leo Tolstoy Bahasa Terjemahan: Bahasa Inggeris Bahasa Asal: Russia "Three Questions" ialah sebuah cerpen pendek yang ditulis oleh Count Lev Nikolayevich Tolstoy atau juga dikenali sebagai Leo Tolstoy, seorang sasterawan Russia. Cerpen "Three Questions" ini diterbitkan bersama beberapa cerpen lain yang ditulis beliau dalam antologi "What Men Live By" (diterjemah daripada judul asal: Чем люди живы atau Chem lyudi zhivy). Antologi cerpen ini diterbitkan sekitar tahun 1880-an.  Cerpen ini mengisahkan tentang seorang raja yang tertanya-tanya mengenai tiga soalan. Ketiga tiga soalan itu bagi baginda amat penting untuk dijawab agar segala keputusan dan rancangan yang dirangka bakal menemui hasil yang terbaik.  Tiga soalan itu ialah: 1. Apakah waktu yang paling baik untuk memulakan sesuatu? 

Resensi Filem: "Onward"

Tajuk Filem: "Onward" Tahun Keluaran: 2020 Negara: US Filem animasi Disney ini mengisahkan tentang Ian Lightfoot yang baru sahaja mencapai umur 16 tahun. Dia tinggal bersama abangnya, Barley Lightfoot dan ibunya tanpa bapa kerana bapanya telah meninggal dunia sebelum Ian dilahirkan. Ian tidak berpeluang mengenali bapanya dan sering tertanya-tanya mengenai bapanya ketika dia masih hidup. Ian membesar bersama abangnya Barley tetapi Ian dan Barley merupakan dua watak dengan personaliti yang bertentangan. Ian seorang yang penakut dan tidak berkeyakinan manakala Barley pula sebaliknya, sangat suka berfantasi, berani dan "reckless" merempuh sahaja kehidupan tanpa keraguan. Mereka tinggal di sebuah dunia yang dipenuhi makhluk-makhluk magis seperti manticore, elf, centaur, unicorn, naga dan lain-lain tetapi berlatarkan ranah-ranah realiti dunia moden kita hari ini. Makhluk-makhluk mitos ini menjadi polis, pemilik kedai dan memainkan semua peranan manusia biasa d

Resensi Buku: "Margaretta Gauthier" (Terjemahan Hamka)

Tajuk Buku: " Margaretta Gauthier"  Penterjemah Buku: Hamka Penulis Asal: Alexandre Dumas Fils Bahasa Terjemahan: Bahasa Melayu Indonesia Bahasa Asal: Perancis Satu masa lalu, aku pernah melafazkan ikrar, bahawa aku tidak akan membaca karya terjemahan dan akan kekal membaca hanya karya asal dalam bahasa asalnya. Namun ulasan aku terhadap buku ini bakal menjadi sebuah simbol kepada pengkhianatan aku terhadap janji diri sendiri. Sebagai peminat tulisan-tulisan Hamka, aku tidak dapat menahan diri daripada tidak membaca karya Hamka termasuk la karya terjemahan ini. Berbekalkan alasan bahawa aku akan memberikan buku ini sebagai hadiah kepada seorang rakan, aku mengambil kesempatan seluas luasnya untuk membaca dan menikmati buku ini, bukan sebagai buku terjemahan tetapi sebagai buah tangan Hamka yang sekalipun bukan tulisan asalnya, tetapi di dalamnya terdapat khazanah-khazanah kesusasteraan dan langgam bahasa yang sinonim dengan corak kepengarangan Hamka. Latarbelakang Buku Bu