Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2021

Movie Review: "Deep"

Movie Title: "Deep" Release Date: July 2021 Country: Thailand This is a Thai sci-fi thriller movie released on Netflix just about several days ago. As a lover of sci-fi genre I jump at the chance to watch this movie after reading the positive reviews written by other people about this movie. However this movie is not as great as how the reviews depict them to be.... This movie features Jane, a medical student top scorer who is shown to have symptoms of OCD like constantly checking the locks at night multiple times although she has locked them for sure and has excessive worries about the house safety. At the same time, she is working hard to balance her life between studying rigorously for her exams, cooking and selling breakfast meals to help pay the mortgage and taking care of her grandmother and insouciant younger sister. The anxiety, the relentless studying schedule and the heavy responsibility on her shoulders have cost her proper sleeps at night, turning her into an

Resensi Buku: "Di Bawah Lindungan Ka'bah"

Tajuk Buku: "Di Bawah Lindungan Ka'bah" Penulis Buku: Hamka Tahun Penerbitan: 1938 Hamka ialah seorang tokoh agama Nusantara yang tidak perlu kepada pengenalan. Ramai orang mengenali Hamka melalui kitab tafsir Al Qurannya yang terkenal iaitu "Tafsir Azhar". Namun sebenarnya, Hamka juga ialah seorang sasterawan dengan bahasa yang penuh halus lagi berseni. Ada beberapa novel yang telah dikarang Hamka, dan bersempena dengan kedatangan bulan Zulhijjah, iaitu musim-musim orang menunaikan haji ini, terasa ingin membincangkan novelnya yang berjudul "Di Bawah Lindungan Kaabah". Karya "Di Bawah Lindungan Kaabah" ialah sebuah novel tulisan Hamka yang diterbitkan pada tahun 1938 oleh penerbit Indonesia iaitu Balai Pustaka, sebuah badan penerbitan yang beroperasi ketika zaman kolonial Belanda. Kini novel ini diterbitkan semula di Malaysia oleh syarikat penerbitan PTS (cetakan pertama PTS adalah pada tahun 2015). Novel ini mengisahkan tentang seor

Resensi Buku: "Margaretta Gauthier" (Terjemahan Hamka)

Tajuk Buku: " Margaretta Gauthier"  Penterjemah Buku: Hamka Penulis Asal: Alexandre Dumas Fils Bahasa Terjemahan: Bahasa Melayu Indonesia Bahasa Asal: Perancis Satu masa lalu, aku pernah melafazkan ikrar, bahawa aku tidak akan membaca karya terjemahan dan akan kekal membaca hanya karya asal dalam bahasa asalnya. Namun ulasan aku terhadap buku ini bakal menjadi sebuah simbol kepada pengkhianatan aku terhadap janji diri sendiri. Sebagai peminat tulisan-tulisan Hamka, aku tidak dapat menahan diri daripada tidak membaca karya Hamka termasuk la karya terjemahan ini. Berbekalkan alasan bahawa aku akan memberikan buku ini sebagai hadiah kepada seorang rakan, aku mengambil kesempatan seluas luasnya untuk membaca dan menikmati buku ini, bukan sebagai buku terjemahan tetapi sebagai buah tangan Hamka yang sekalipun bukan tulisan asalnya, tetapi di dalamnya terdapat khazanah-khazanah kesusasteraan dan langgam bahasa yang sinonim dengan corak kepengarangan Hamka. Latarbelakang Buku Bu

Resensi Buku: "The Woman in The Window"

Tajuk Buku: "The Woman in The Window" Penulis Buku: A.J. Finn Tahun Penerbitan: 2018 Baru-baru ini Netflix telah menayangkan sebuah filem bertajuk "The Woman in The Window" yang merupakan sebuah adaptasi kepada novel dengan tajuk sama yang diterbitkan pada tahun 2018 oleh sebuah syarikat penerbitan di bawah HarperCollins. Buku ini bergenre thriller dan merupakan novel pertama tulisan Daniel Mallory yang menggunakan nama pena "A.J Finn". Novel ini mengisahkan seorang wanita bernama "Anna Fox", seorang ahli psikologi kanak-kanak yang pada masa yang sama merupakan seorang penghidap "Agoraphobia", sejenis kecelaruan keresahan (anxiety disorder) yang menyebabkan penghidapnya berasa gelisah secara melampau untuk meninggalkan rumahnya dan akan menjadi cemas secara keterlaluan sekiranya berada di tempat terbuka, di dalam kenderaan atau di dalam mana-mana premis tertutup selain rumahnya sendiri. Lantaran penyakitnya itu, Anna tidak pernah ke