Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2022

Resensi Filem: "Onward"

Tajuk Filem: "Onward" Tahun Keluaran: 2020 Negara: US Filem animasi Disney ini mengisahkan tentang Ian Lightfoot yang baru sahaja mencapai umur 16 tahun. Dia tinggal bersama abangnya, Barley Lightfoot dan ibunya tanpa bapa kerana bapanya telah meninggal dunia sebelum Ian dilahirkan. Ian tidak berpeluang mengenali bapanya dan sering tertanya-tanya mengenai bapanya ketika dia masih hidup. Ian membesar bersama abangnya Barley tetapi Ian dan Barley merupakan dua watak dengan personaliti yang bertentangan. Ian seorang yang penakut dan tidak berkeyakinan manakala Barley pula sebaliknya, sangat suka berfantasi, berani dan "reckless" merempuh sahaja kehidupan tanpa keraguan. Mereka tinggal di sebuah dunia yang dipenuhi makhluk-makhluk magis seperti manticore, elf, centaur, unicorn, naga dan lain-lain tetapi berlatarkan ranah-ranah realiti dunia moden kita hari ini. Makhluk-makhluk mitos ini menjadi polis, pemilik kedai dan memainkan semua peranan manusia biasa d

Resensi Buku: "Green Deen: What Islam Teaches about Protecting the Planet"

Tajuk Buku: " Green Deen: What Islam Teaches about Protecting the Planet" Penulis Buku:   Ibrahim Abdul-Matin Tahun Penerbitan: 2010 Ibrahim Abdul Matin ialah seorang aktivis alam sekitar berketurunan African American yang merupakan anak kepada seorang muallaf yang memeluk agama Islam. Dilahirkan di Brooklyn, New York, Ibrahim Abdul Matin sejak kecil telah diasuh oleh bapanya mengenai kesucian bumi dan penjagaan alam sekitar. Ibrahim Abdul Matin mempunyai pengalaman luas dan rangkaian kerjasama yang aktif dengan pelbagai badan² alam sekitar di Amerika Syarikat. Beliau memperoleh ijazah sarjana (master) dalam bidang Pentadbiran Awam ( Public Administration ) daripada Baruch College dengan fokus ke atas polisi persekitaran bandar ( urban enviromental policy ). Berbekalkan ilham daripada nasihat² ayahnya semasa kecil, penulis menggabungkan kaca mata seorang Islam dan pengalaman aktivisme alam sekitar untuk menghasilkan buku ini dengan tajuk "Green Deen". B